kata sendi dari dan daripada

Kata sendi bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan frasa yang lain dalam sebuah ayat.

Kata sendi dari digunakan untuk tempat dan masa.

Contoh Ayat:

a) Para pekerja itu datang dari Tanjungpinang.

b) Saya menunggu kamu dari pukul dua petang.

 

Kata sendi daripada digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.

Contoh ayat:

a) Ibu menerima kad jemputan daripada  Puan Haslinda.

b) Rambut Faridah lebih panjang daripada rambut Aminah.

c) Kerusi itu terbuat daripada kayu jati.

d) Saya memperoleh pengalaman daripada perkemahan tersebut.

e) Sifat Siti yang peramah sungguh berlainan daripada kakaknya.

f) Saya menarik diri daripada  kumpulan dikir barat itu.

 

Kata sendi dari dan daripada sering terjadi kesilapan dalam penggunaannya.

 

Para pelajar sekalian, ingat ya.. kata sendi dari hanya digunakan untuk tempat dan masa saja. Harap tidak berlaku kesilapan bahasa yang tidak perlu baik dalam pembinaan ayat atau pun dalam penulisan karangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: